Jejak Awal IT UKM PRA 1982 : 1976-1981 melakar beberapa peristiwa
- Penubuhan Unit Komputer UKM 1976
- Sistem Kerangka Utama IBM1130
- Sistem Gaji Kakitangan
- Sistem Akaun Mahasiswa
- Pemprosesan Aturcara Pelajar Fakulti Sains
- Pemprosesan Aturcara Pelajar Fakulti Sastera
STAF UNIT KOMPUTER UKM 1976-1981
- Haji Ahmad Hamid
- Datin Hajah Rosenaini Abd Saman
- Encik Abd Hamid Marzuki
- Hj Ismail Haron
- Encik Mahar Affendi
- Encik Rosli Omar
- Encik Ibrahim Taat
- Puan Azizah Mohammed
- Puan Nor Aishah
- Puan Jamilah Shamsudin
- Encik Jamlus Ali


Sistem Komputer IBM 1130

Sistem IBM 1130 dengan kapsiti Memori CPU 32KB, dirangkaian bersama dengan beberapa perkakasan lain sept Pencetak Garis IBM1132, Pembaca Kad IBM1442.


Mesin Kad Tebuk/ Puchcard Machine IBM 029

Disk Cakera Storan IBM2315

Sistem Gaji Kakitangan
Sistem Gaji Kakitaangan juga dibangunakan menggunakan Perisian RPG III. Data data Gaji dan Potongan Bulanan Setiap Kakitangan disediakan di atas kad tebuk, dibaca dan disimpan dalam Storan terlebih dahulu. Kemudian Aturcara Bayaran Gaji Bulanan akan diproses untuk mengeluarkan Baucher Bayaran dan Cek Gaji setiap Kakitangan UKM. Proses ini boleh kedengaran dengan jelas bunyi pencetak garis yang mencetak baucer pembayaraan gaji dan Cek Gaji setiap 20haribulan.
Sistem Pendaftaran Pelajar
Sistem ini dibangunakan untuk mendaftarkan kursus semeter setiap pelajar menggunakan kad tebuk setiap kod kursus. Kemudian pada akhir semester markah peperiksaan akan disediakan dalam kad tebuk untuk dimasukkan dalam storan data pelajar untuk diproses Slip Keputusan Akhir Semester setiap pelajar. Sistgem ini dibangunkan menggunakan Aturcara COBOL dan diproses di Unit Komputer UKM.
Sistem Akaun Mahasiswa
Sistem ini dibangunkan menggunakan perisian RPG III. Data Pelajar bersama dengan jumlah Yuran Semester dan Jumlah Bantuan Biasiswa disediakan dalam kad tebuk, dibaca dan disimpan dalam Cakera Storan. Kemudian diproses untuk mengeluarkan Baki Biasiswa yang dicetak atas CEK BANK. Proses ini biasanya berlaku dalam masa 14hari-30hari selepas Hari Pendaftaran Semester. Bunyi Cetakan Laporan Baucer Pembayaran Baki Biasiswa dan Cek Bank biasanya boleh didengar oleh Mahasiswa dari luar bilik komputer. Ini menjadi satu “peristiwa yang ditunggu” oleh para Mahasiswa.
Pemprosesan Aturcara Pelajar Fakulti Sains
Pelajar Fakulti Sains yang mengambil jurusan Sains Komputer, Fizik, Matematik dan Statistik mengunakan Aturcara ASSEMBLER dan FORTRAN IV untuk tujuan kerja kursus. Kad Tebuk ditebuk penyataan arahan aturcara dan disusun mengikut no susunan penyataan. Kad Tebuk ini diikat dan dihantar ke kaunter khidmat Unit Komputer untuk diproses dan keluarkan laporan cetakan.
Pemprosesan Aturcara Pelajar Fakulti Sastera
Pelajar Fakulti Sains yang mengambil jurusan Ekonomi dan Perniagaan menggunakan Aturcara COBOL untuk memproses data data bagi tujuan mengeluarkan laporan. Juga menggunakan Kad Tebuk yang disusun rapi, diserahkan ke kaunter khidmat Unit Komputer untuk diproses.
